Melengkapkan Cerita......Aku berdoa semoga adik selamat dan berjanji akan menjaga adikku dengan baik pada masa hadapan

By // No comments:
          Hari ini ibu dan ayahku pergi melawat datuk saudara yang sakit di kampung. Aku disuruh tinggal di rumah dan menjaga adikku yang berusia enam tahun. Kami bermain permainan video bersama-sama.           Tidak lama kemudian adikku mula berasa bosan. Dia mengajak aku bermain di luar rumah. Kami mengayuh basikal  di halaman rumah. Setelah lama bermain, aku berasa penat lalu mengajak adikku masuk ke rumah. Namun, dia enggan kerana masih belum puas bermain. Aku menjadi marah lalu meninggalkannya seorang diri di luar rumah.          Aku terus masuk ke bilikku. Aku ingin menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Tiba-tiba aku terdengar bunyi dentuman...

Aku Sepasang Baju Kurung

By // No comments:
     Aku ialah sepasang  . baju kurung . Badanku bewarna biru berbunga putih amat menawan . Aku dibuat di sebuah kilang pakaian di Shah Alam , Selangor .      Pada suatu hari , aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur . Kami digantung di rak kaca butik itu . Kami digantung supaya dapat dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di situ . Pada badan kami diletakkan tanda harga .      Pada suatu hari , seorang wanita datang mengunjungi butik tersebut . Dia memegang dan membelek-belek kami sambil melihat tanda harga di badan kami . Aku terpesona memandang wajahnya yang cantik itu . Akhirnya , dia membeliku dengan harga RM99.99 . Aku berasa sungguh gembira kerana...

Kepentingan Memelihara Alam Sekitar

By // 15 comments:
           Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai,tumbuh-tumbuhan,dan bukit-bukau.Kita perlu memelihara keseimbangan alam sekitar.Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.     Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita.Alam sekitar yang terpelihara akan dapat mendamaikan jiwa kita.Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat tinggal.Selain itu,alam sekitar yang tidak  tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong.      Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam keseimbangan alam.Tumbuh-tumbuhan mengeluar kan gas oksigen.Gas oksigen ini diperlukan oleh manusia untuk...

Peristiwa yang tidak dapat dilupakan

By // 1 comment:
          Hari ini sekali lagi aku berdiri di hadapnn kelas . Aku masih lagi gagal menghafal sifir tujuh dan sifir lapan sepertimana rakan-rakanku yang lain. Cikgu Rahman memandangku dengan dengan muka yang merah padam tanda marah.           Tiba-tiba Cikgu Rahman menyuruh aku menadah tangan. Cikgu Rahman merotan tapak tanganku sebanyak dua kali. Merah mukaku menahan kesakitan. Bertambah sedih hatiku apabila ada beberapa orang rakan kelasku bertepuk tangan. Mereka mengejek aku.           Sebelum aku pulang ke tempat dudukku, sekali lagi aku diingatkan supaya menghafal kedua-dua sifir tersebut. Jika aku masih gagal menghafalnya, aku akan dirotan lagi....

Terpisah dari keluarga

By // 2 comments:
Semasa cuti sekolah yang lalu,aku dan keluarga pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.Suasananya penuh sesak dengan orang ramai.Semasa di sana,aku begitu asyik melihat pelbagai pameran sehingga aku terpisah daripada keluargaku    Apabila menyedarinya,aku berasa sangat cemas dan cuba menenangkan perasaanku sendiri.Apatah lagi aku dikelilingi oleh orang-orang yang aku tidak kenali.Dalam kesesakan orang ramai itu,aku pergi dari sebuah gerai ke sebuah gerai untuk mencari mereka.Namun hampa.    Aku tidak cepat berputus asa,lalu aku pergi ke kaunter pertanyaan.Aku menceritakan keadaan diriku kepada pengawai yang bertugas.Kemudian,pengawai itu membuat pengumuman.Hampir satu jam aku menunggu di situ,namun tiada...

Majlis Persaraan Guru Besar Sekolah Saya

By // 15 comments:
Thumbnail
     Hari itu merupakan hari yang paling menyedihkan kerana Guru Besar di sekolah saya iaitu,Puan Zakinah binti Ismail akan bersara.Beliau telah banyak berjasa dalam memajukan sekolah.Beliau juga sangat dihormati oleh masyarakat setempat.     Majlis Persaraan beliau telah dihadiri oleh semua guru Desa Tasik.Tuan Pengawai Pelajaran Daerah juga turut  meraikannya.Para jemputan ditempatkan di dataran yang berada di perkarangan sekolah.Selain...

KEBURUKAN MAKANAN RINGAN KEPADA KANAK-KANAK

By // 14 comments:
          Makanan ringan sangat mudah didapati di kedai runcit. Makanan ringan seperti kentang goreng, keropok, dan biskut bersalut coklat sangat digemari oleh kanak-kanak. Terdapat banyak keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak.           Makanan ringan tidak baik untuk kesihatan. Makanan ini banyak mengandungi bahan pengawet, pewarna, dan perasa tiruan. Bahan-bahan ini tidak mempunyai zat untuk membantu pembesaran kanak-kanak. Kanak-kanak tidak mengetahuinya kerana tidak dinyatakan pada label pembungkus makanan tersebut.                      Makanan ringan juga boleh merosakkan gigi kanak-kanak. Pewarna makanan...

jom singgah

new graphics

Powered by Blogger.