Friday, January 21, 2011

Faedah Menabung

       Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita.

     Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung.

     Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu.

     Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika  ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain. 

     Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain.

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

31 comments:

  1. karangan nieh bukan ke karang yang di spot mungkin akan keluar tahun nieh?

    ReplyDelete
  2. karangan ini ialah penyelamat ku untuk buat homework masa las minit sesiapa yg buat karangan ni saya doakan sentiasa sihat dan bahagia selalu memang padat dan pendek memang bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Betol3. Last2 minute baru nak buat. -__-"

      Delete
  3. karangan saya tiru untuk buat homework!!! heheh bru darjah lima ..nak cek fb mohd zaim zufayri!! bgitau jer..

    ReplyDelete
  4. Thank you so much. You're my lifesaver. I did this at night. I was panic-ing. And I found this. Thank you so much. May God bless you.

    ReplyDelete
  5. TERIMA KASIH KEPADA BLOG NI SAYA DAPAT SIAPKAN KARANGAN HOMEWORK SAYA :)

    ReplyDelete
  6. banyak sungguh orang yang tiru karangan ini ya! saya pun sama dah :)
    me too, i copy this 4 my hw :)

    ReplyDelete
  7. terima kasih kepada blog ini saya dapat menyiapkan karangan homework saya :)
    Cekgu gembia engan saya
    :D

    ReplyDelete
  8. Ahahahax! Nice one! Pendek and ringkas tpi mmg bgoz~Bleh lerh siapkn homework after nieh~Kekekeke~! XD

    ReplyDelete
  9. panjangkan sikit. kalau tak mmg bagus

    ReplyDelete
  10. agk rngks tpi pdt dngn isi.... GOOD JOB

    ReplyDelete
  11. wey...upload lha karangan yng akn kuar thu 2013...aq dlm UPSR...sengsara....arghh!!

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Krngan yang bagus.. Homework pun slamat.. Fuh.. Tapi kite tak tiru sume.. Huhu.. Takut c'gu syak plak..

    ReplyDelete
  14. terima kasih kerana karangan ini sangat bagus dan menolong kpd saya untuk mengabis kerja rumah saya

    ReplyDelete
  15. Horeee homework dah siap terima kasih yang empunya blog...apa yang penting kita tak tiru semua ambil idea je

    ReplyDelete
  16. karangan yg bagus..dan best.. bace sepuluh kali pon x bosan..!!

    ReplyDelete
  17. em.karangan ni bagi idea kat saya untuk membuat karangan

    ReplyDelete
  18. bagus senang nak buat kerja bm last minit nasi baik pendek dan ringkas tapi isi dia berguna terima kasih bagi sesiapa yang mengusahakan blog ni terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. karangan yang bagus , dapat saya mengulang kaji sebelum peperiksaan pengesanan di sekolah :) good jobb . may allah bless you -_-

    ReplyDelete